Asal usul hantu… Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..
1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.
5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.
6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.
7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!
Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu, tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan. Pada mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya.
Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara 'tuan' dengan 'hamba' sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu. Jika orang Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat 'hamba-hamba' ini untuk berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Islam. Malah dana zakat turut mahu diambil.
Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia. Parti ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan yang sama di sana.
Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.
Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.
Istilah
Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia. Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan Melayu ini. Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.
Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan inilah yang menyatukan mereka.
Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka, masya-Allah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka. Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.
Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam.
Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi sedikit. Sedikit itu kemenangan besar.
Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Pernahkah kita bertanya kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan? Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak bukan Islam.
Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun sedikit sangat. Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu dilaungkan?
Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.
Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam? Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya.
Toleransi
Toleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain, kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu ditonjolkan di Malaysia. Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita, mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam. Adalah amat tidak logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang bilangannya melebihi 55 peratus.
Utusan Malaysia dituduh akhbar yang mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh menggugat keharmonian kaum. Lebih ekstrem lagi, akhbar ini dilabelkan sebagai penjahat. Jika akhbar itu penjahat bermakna wartawan, kolumnis dan juga penulis akhbar ini juga penjahat.
Persoalan saya, apakah akhbar tabloid parti ultra kiasu dan parti-parti politik perkauman lain dan mereka yang bersekongkol tidak jahat?
Parti ultra kiasu dan kuncu-kuncunya bukan sahaja jahat, tetapi terang dan nyata lagi berniat jahat dengan menolak kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan serta mencabar perkara-perkara sensitif yang telah dipersetujui bersama. Rakan sekutu parti ultra kiasu langsung tidak berani bersuara kerana takut hilang sokongan.
Bila mereka tidak dapat apa yang dihajatkan maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah mendapatkan simpati. Rakan-rakan perkauman mereka dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebenarnya mempunyai pendirian yang sama. Mereka pandai berstrategi. Ultra kiasu menyalak di luar, di dalam rakan-rakan mereka menjalankan kerja. Mereka sebenarnya senada. Cuma kita masih terlepas pandang.
Saya tidaklah menyatakan bahawa Utusan Malaysia semuanya baik. Tidak ada sesuatu yang sempurna di dunia, kecuali Allah SWT dan Rasul-Nya. Ingatan saya kepada ultra kiasu, janganlah gajah depan mata tidak nampak, kuman seberang laut jelas kelihatan. Berpada-padalah dalam memberikan pandangan. Jangan asyik nampak kesalahan orang lain, tanpa muhasabah diri.
Dalam memahami politik Malaysia, isu-isu perkauman dibangkitkan untuk mendapatkan sokongan politik dan menyedarkan kaum masing-masing siapa mereka dan apa yang sepatutnya diperolehi. Manakala isu-isu sensitif dibangkitkan untuk mendapatkan hak sama rata dan sama rasa bagi kumpulan ultra kiasu. Mereka tahu perkara ini tidak boleh dibangkitkan secara terbuka kerana ia boleh dikenakan tindakan di bawah akta hasutan. Mereka sengaja mahu menguji UMNO yang ketika ini berada dalam keadaan agak tertekan disebabkan tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan perpecahan Melayu Islam.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti tahu bahawa konsep sama rata dan sama rasa tidak menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan, walaupun konsep Malaysian Malaysia yang selalu dilaung dan didesak oleh parti ultra kiasu. Ingat, agama Islam agama majoriti masyarakat negara ini. Jika ada 'kelebihan' pada agama Islam, ia bukanlah satu diskriminasi kerana selaku majoriti, Melayu Islam berhak, apatah lagi ia telah dipersetujui melalui kontrak sosial. Tidak perlu dipertikaikan atau dituduh tidak adil.
Untuk mengelakkan daripada parti ultra kiasu ini menjadi bertambah jahat, setidak-tidaknya kita mesti menggariskan formula bagi menyelesaikan kejahatan ini. Formula saya adalah berasaskan kepada pecahan statistik agama dan bangsa di negara ini. Mengikut bancian tahun 2000, anutan agama rakyat Malaysia adalah seperti berikut 60.4 peratus Islam, 40 peratus bukan Melayu (12 peratus-Buddha-Taoisme- Konfusius, 9 peratus Kristian, 6 peratus Hindu, 3 peratus lain-lain). Formula ini boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan bernegara termasuk hak-hak beragama dan sambutan perayaan setiap kaum, bagi mendapatkan keadilan. Formula ini menepati sebahagian maksud keadilan dalam Islam yang membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya walaupun tidak sepenuhnya.
Atas dasar toleransi, formula ini boleh dikatakan langsung tidak diterima pakai, sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.
Saya fikir, umat Islam di negara ini amat berlembut dan bertoleransi tinggi. Upacara perayaan keagamaan dan kematian begitu beradab serta mudah. Jalan raya tidak sesak. Kuburnya begitu kecil.
Formula yang saya sebutkan perlu dijadikan panduan. Adakah adil bila mana bilangan orang bukan Islam tidak ramai, tetapi kubur mereka menenggelamkan kubur orang Islam. Pernahkah kita bertanya pandangan orang Islam dan sensitiviti mereka? Mereka yang mempunyai wang akan membina kubur setinggi-tinggi dan seluas-luas serta secantik-cantik kubur dengan patung-patungnya yang didirikan saujana mata memandang. Sedangkan kubur orang Islam, apa jua kedudukannya, kuburnya amat sederhana kerana Islam tidak percaya kepada reka bentuk kubur. Tiada kubur pun tidak ada masalah. Apa yang penting ialah iman dan takwa yang dibawa ke alam kubur atau barzakh.
Contoh lain, seorang profesor Kristian di tempat kerja saya berhujah dengan saya baru-baru ini. Katanya, hak beragama mesti berasaskan formula sama rata sama rasa. Antara contoh yang diketengahkan ialah jika ada kelas baca yasin dan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar Islam, maka pelajar Kristian mesti diberikan hak yang sama untuk mempelajari agama mereka dan membawa paderi masuk.
Bacaan
Saya katakan kepada beliau, bacalah kitab masing-masing ketika itu, lagipun bacaan yasin dan solat jumaat bukanlah 'kelas agama' ia adalah tanggungjawab individu Islam. Kalau ada kelas agamapun untuk orang Islam, tidak semesti orang bukan Islam sama keadaannya. Tambahan pula, bilangan pelajar Kristian atau bukan Islam amat sedikit bilangannya, cukup dengan kemudahan yang telah disediakan selama ini. Profesor ultra kiasu ini dengan nada beremosi mengatakan itulah adalah hak mereka yang mesti ditunaikan. Saya jawab, apakah hak mereka selama ini tidak ditunaikan? Apakah kita pernah menghalang mereka untuk ke gereja setiap hari ahad? Jangan bandingkan dengan umat Islam kerana cara ibadat kita berbeza. Keperluan kita berbeza. Begitu juga dengan keperluan sembahyang jamaah.
Justeru, konsep sama rata dan sama rasa hendaklah berasaskan formula yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan pecahan kaum (agama). Marilah kita melakukan perubahan sebelum terlambat. Jangan akhirnya nanti agama kita merempat di bumi sendiri. Ketika itu sudah terlambat.
Lihat pula dalam toleransi politik. Terbaru, Gerakan begitu marah dengan cadangan UMNO agar kerusi pengerusi BN digilirkan di Pulau Pinang kerana UMNO mempunyai kerusi majoriti. Pengerusi Gerakan dan BN Pulau Pinang berkata, kerusi pengerusi BN telah disandang selama 35 tahun. Kenapa perlu diserahkan kepada orang lain? Persoalan saya, jika UMNO boleh korbankan kerusi parlimen Gerik, kenapa tidak Gerakan? Siapakah yang lebih bertoleransi dan bersifat memberi?
Saya masih ingat, setelah sekian lama UMNO bertanding di parlimen Gerik, kawasan majoriti Melayu, tiba-tiba kerusi itu diserahkan kepada Gerakan. Bekas Menteri Besar Perak ketika itu sedih untuk melepaskan kerusi tersebut. Tetapi disebabkan oleh semangat setiakawan dan kerjasama dalam BN, UMNO terpaksa tunduk dan patuh dengan menyerahkan kerusi Gerik kepada Gerakan. Majoriti Melayu terpaksa mengundi bukan Melayu (Gerakan) walaupun pahit. Inilah sifat mulia Melayu Islam. Adakah toleransi ini dihargai? Ibarat anjing menggigit tuannya, masihkah kita ingat bahawa Ahli Parlimen Grik Gerakan inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu itu juga adalah pendatang?
Kenapa Gerakan terlalu kuat menentang? Mereka takut selepas ini kerusi Ketua Menteri akan terlepas kepada UMNO jika ditakdirkan BN memerintah semula. Pokok pangkalnya semua kuasa, kuasa, kuasa dan sikap ultra kiasu. Semua meletakkan kepentingan bangsa di hadapan bukannya kepentingan nasional. Kalau inilah cara pembawaannya, saya fikir, gagasan 1Malaysia terlalu jauh untuk dicapai. Ia hanya akan diperalatkan oleh mereka bersikap musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan. Pada mereka kuasa bangsa mesti dipertahankan walaupun apa jua alasan dan cabaran mendatang. Persoalan saya, siapakah yang sebenar penjahat dan lebih jahat?
SEPERTI yang dijangkakan persatuan-persatuan Cina yang berpengaruh termasuk MCA langsung tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina seperti menyeragamkan silibus Bahasa Melayu (BM) dan menambahkan masa pembelajaran BM serta cadangan untuk menambah satu lagi subjek Malaysia Negaraku dalam BM.
Semua cadangan tersebut ditolak, lebih ekstrem lagi mereka mahukan subjek baru Malaysia Negaraku turut diajar dalam bahasa ibunda. Pendek kata, sebarang cadangan untuk memperkasakan BM dilihat sebagai menghakis kedudukan Sekolah Jenis kebangsaaan Cina (SJKC). Apakah ini yang dikatakan integrasi setelah kita menolak asimilasi?
Ketua Pemuda MCA yang berjawatan Timbalan Menteri dalam bidang pendidikan begitu lantang bersuara seperti seorang jaguh kampung. Apakah beliau telah buat kajian mengenai masalah yang berlaku sebenarnya, terutama prestasi bahasa Melayu dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah tersebut?
Janganlah terlalu bertindak ultra kiasu seperti parti ultra tersebut! Malang sungguh Barisan Nasional (BN), sekian lama parti-parti komponen ini berada dalam kerajaan masih tidak faham aspirasi dan cita-cita negara.
Jika begini pemikiran mereka, maknanya sekolah satu sistem (SSS) hanyalah ilusi. Sentuh sedikit sahaja sekolah vernakular sudah hilang rasional, bagaimana pula hendak menyatukannya di bawah satu bumbung. Maka tidak hairanlah sekolah wawasan gagal mencapai matlamatnya.
Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan baik setelah sekian lama tinggal di negara ini. Rakan saya, berbangsa Inggeris, hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik. Memang, galakan mempelajari bahasa lain itu amat dituntut oleh agama Islam. Malah saya amat menggalakkan umat Islam mempelajari bahasa mandarin seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan majlis makan malam sekolah menengah persendirian Cina Chong Hwa baru-baru ini.
Saya tidak akan bercakap dan menulis lagi jika orang bukan Melayu mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh sebelum ke SJKC. Malah, saya sendiri menggalakkan anak-anak saya ke SJKC kerana mereka mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Majoriti mereka yang belajar di SJKC tidak mempunyai asas BM kecuali mereka yang tinggal di Kelantan dan Terengganu. Bagi mereka yang tinggal di bandar, penguasaan BM amat lemah. Bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa pun sama. Saya tidak katakan semua.
Kalau tidak percaya, kita mulakan kajian terhadap ahli-ahli DAP, MCA dan Gerakan. Suruh menulis karangan dan bertutur dalam BM. Sampai bilakah kita mahu terus mendengar perbualan seperti “gua tatak mau”, “itu maciam manyak susah lo”, “lu tarak tau kah”? Siapa yang rugi nanti? Bila anak-anak kita tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik BM, mereka gagal mendapat biasiswa dan gagal dalam temuduga, siapakah yang akan dipersalahkan? Sudah tentu kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipersalahkan? JPA akan dituduh terlalu mementingkan Melayu dan bumiputera, meminggirkan bukan Melayu dan sebagainya.
Dipersalahkan
Saya selalu diserang, pada mereka isu perkauman hari ini bukan disebabkan oleh dasar pendidikan vernakular tetapi disebabkan oleh UMNO yang terlalu perkauman. UMNO terus dipersalahkan oleh semua pihak termasuk mereka dalam komponen BN.
Saya ingin bertanya, adakah kewujudan MCA, DAP, MIC, Makkal Sakti, PPP dan Gerakan itu tidak perkauman? Pas juga adalah parti perkauman, parti dominasi Melayu walaupun ia dibuka kepada semua orang Islam.
Fakta dan sejarahnya, sejak awal lagi lagi asas-asas negara ini dibina atas dasar perkauman sehingga ke hari ini. Tidak hanya parti-parti politik yang perkauman, malahan boleh dikatakan kebanyakan persatuan atau NGO ditubuhkan atas perkauman. NGO Cina sahaja ada lebih 8000 buah di negara ini. NGO bangsa lain pun tidak kurang juga. Jika trend ini terus-menerus berlaku, bagaimanakah arah tuju negara kita pada masa akan datang?
Justeru, kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah, jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana.
Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut sehingga kini? Tidakkah kita sedar akta ini lebih lunak, berbanding akta sebelumnya iaitu akta pelajaran 1961 yang lebih menakutkan di mana menteri pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan sekolah vernakular.
Akta ini juga tidak pernah dikuatkuasakan. Pernahkah kita berterima kasih dengan akta baru ini? Sudahlah tidak berterima kasih, malah mahukan akta 1996 dihapuskan terus. Bila akta ini dihapuskan bermakna bermaharajalela sekolah ini tanpa boleh diganggu-gugat lagi. Itulah cita-cita sebenar mereka. Terkadang-kadang saya terfikir adakah kita ini tinggal di Malaysia atau di negara lain?
Jika keadaan ini terus berjalan, seterusnya ditambah dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang bersifat perkauman, dipunyai oleh satu-satu kaum dan parti-parti politik perkauman, bagaimanakah pembinaan negara bangsa berasaskan identiti kebangsaan dapat dilakukan.
Saya difahamkan IPTS hari ini sudah tidak dapat dikawal lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Apatah lagi yang menjaganya terdiri dari kalangan menteri bukan Melayu. Saya cukup bimbang dan pasti akan berlaku suatu hari nanti, apabila ijazah IPTS-IPTS lebih laku atau lebih diterima daripada ijazah IPTA-IPTA selepas ini. Logiknya mudah, jika perkaumanlah permulaannya, maka perkaumanlah kesudahannya. Kalau itulah yang berlaku, maka berjayalah perancangan parti ultra kiasu ini dan komponen-komponen mereka. Siapakah yang rugi? Fikirkan sejenak! Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan hari ini telah berkorban terlalu banyak.
Ratusan malah mencapai angka ribu hektar tanah telah diberikan kepada IPTS ini, tidak ketinggalan jutaan bantuan kewangan telah diberikan, atas dasar setiakawan dan semangat BN? Apakah kita pernah berterima kasih atau sebaiknya menyusun strategi untuk terus menuntut dan mendesak serta menikam dari belakang? Bila pilihan raya, parti ultra kiasulah yang terus menang.
Saya selalu ditanya dan diserang, adakah dengan tidak boleh berbahasa Melayu bermakna tidak ada semangat patriotik? Jawapan saya, ya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa cinta dan berusaha untuk mengasimilasikan, mengintegrasikan dan menghormati semua dasar asas bernegara, misalnya kedudukan BM dan lagu Negaraku.
Ketika itu barulah jiwa menjadi kental dan kita akan berjuang bermati-matian mempertahankan negara walaupun nyawa itulah gadaiannya. Semangat ini mesti ada, jika tidak, saya bimbang kita akan lari entah ke mana atau mungkin belot dan yang paling ditakuti kita sanggup menjual kedaulatan negara kepada negara lain.
Saya memang tidak menafikan hari ini kita amat sukar menerima asimilasi. Sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi disebabkan oleh politik mengancam dan menuntut.
Jika integrasi itulah yang diterima, apakah integrasi itu tidak memerlukan kepada pengorbanan dan sayangnya kita kepada identiti kebangsaan seperti, bahasa kebangsaan dan menghormati lagu kebangsaan.
Saya selalu ke SJKC menghantar anak saya ke sana dan selalu mendengar mereka menyanyikan lagu Negaraku, kelakar sungguh bunyinya. Kalau tidak percaya cuba rakamkan lagu Negaraku ketika dinyanyikan oleh murid-murid ini. Barulah kita tahu kedudukan BM yang sebenar di sekolah vernakular. Jika ditambah dengan keputusan peperiksaan BM, barulah kita tahu nasib BM di bumi Melayu.
OPS Sikap XX baru saja berakhir Ahad lepas, namun angka kematian yang dicatatkannya tidak akan berakhir begitu sahaja di minda kita semua. Igauan 261 orang yang menemui maut di pusara lebuh raya tetap akan bermain di benak pemikiran setiap warganegara. Jika mahu di bandingkan dengan OPS Sikap 17 sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, terdapat peningkatan sebanyak 51 kematian. OPS Sikap Aidilfitri tahun 2008 telah mencatatkan sebanyak 208 kematian.
Bilangan ini walaupun semakin meningkat dan terus memberi kebimbangan kepada kita semua namun perlu jua kita bayangkan bahawa di ketika musim perayaan itu, terdapat empat kali ganda bilangan kenderaan menelusuri jalan raya dan lebuh raya jika mahu di bandingkan dengan hari-hari biasa. Dan ada pihak yang mengatakan bahawa kadar kematian seramai 18 orang sehari itu adalah logik dan boleh diterima akal memandangkan senariokesesakan rantaian lalulintas saperti yang disebutkan di atas tadi. Rasionalnya, jika tiada OPS Sikap dijalankan barangkali angka kematian akan berlipat kali ganda lagi banyaknya.
Pelbagai pihak telah memberikan komen mengenai perkara ini melalui pelbagai media-massa. Ada yang mengatakan walau diberikan hukuman mati sekalipun sikap pemandu Malaysia tidak akan berubah. Ada juga suara lain yang cukup logik yang memberikan saranan supaya semua kata-kata peringatan kepada pengguna lebuh raya yang pada masa ini bersifat semula jadi dan berintonasi mendatar perlu ditukar kepada corak memberi peringatan yang lebih ekstrem dan berupaya untuk menakutkan naluri mereka. Malah banyak lagi suara-suara lain yang turut memberikan pandangan yang diantaranya mahukan lesen pemandu rosak pemikiran ini digantung serta merta dengan bilangan tahun yang semaksimum mungkin,manakala ada pihak yang lain pula mahukan mereka ini menjalankan kerja-kerja masyarakat sebagai denda kepada keangkuhan dan kebiadaban mereka ketika berada di jalanraya. Jika mahu dipetik dari laporan akhbar Washington Post beberapa tahun yang lalu, mereka pernah mengatakan bahawa rakyat Malaysia adalah segolongan manusia yang penuh dengan adab dan bersopan santun dalam semua kategori peradaban majlis dan perhubungan sosial tetapi mereka akan bertukar menjadi seekor singa yang sedang kelaparan apabila memegang stereng di jalanraya.
Kenapa ini semua boleh terjadi? Dimana silapnya? Apakah OPS Sikap masih relevan didalam membendung permasaalahan ini? Untuk menjawab persolan ini, mari kita kupas satu persatu.
Pepatah ada mengatakan, jika bertepuk sebelah tangan masakan boleh berbunyi. Jika mahu dikiaskan kepada cara pemanduan di jalanraya, tentu ada sebabnya kenapa ada sebilangan pemandu bersikap ganas di jalanraya hatta di lebuhraya sekalipun. Kita tidak boleh menuding satu jari seratus peratus menyalahkan mereka kerana empat lagi jari kita menuding kearah diri kita sendiri yang terlibat sama di dalam pembentukan masaalah berkenaan. Lihat sahaja lah contoh ini.
Sepanjang penulis memandu selama empat jam dari Air Keroh , Melaka sehingga ke Slim River, Perak pada hari raya kedua dari jam 11 pagi hingga jam 2 petang, anak penulis merekodkan tidak kurang daripada 347 buah kenderaan yang bermaharajalela menguasai lorong tengah lebuhraya dengan kelajuan sekitar 80km sejam. Sedangkan dalam kebanyakan kes, di laluan perlahan paling kiri sebuah kenderaan pun tiada sehingga hampir dua kilometer kehadapan. Malah ada kes yang jalan kirinya kosong sehingga lima kilometer kehadapan. Hanya laluan tengah dan laluan kanan sahaja yang ada penghuninya.
Kenderaan lain yang lebih derasterpaksa memotong mengikut laluan laju jika ada ruang manakala selebihnya akan memotong ikut laluan kiri kerana tiada laluan untuk masuk ke laluan laju lantaran kenderaan lain meluncur laju mengasak dari arah belakang.
Inilah sikap pemandu Malaysia yang paling hodoh penulis rasa. Sepanjang empat tahun penulis berada diluar negara semasa pengajian universiti dahulu, penulis tidak pernah melihat pemandu mereka bergedik santai dan bersikap memandu begini. Pemandu Eropah amat terpuji dalam tatacara memandu. Yang perlahan duduk di kiri. Yang berkelajuan sederhanan duduk di tengah. Manakala yang laju duduk di kanan. Lori dan bas ekpresnyapun tidak pernah seumur hidup menjejakkan tayar ke laluan laju. Ternyata jauh berbeza dengan apa yang berlaku di negara kita ini.
Jadi, untuk mengatasi masaalah ini penulis menyarankan supaya di klasifikasikan dan di gazetkan tiga lorong kelajuan yang contohnya saperti berikut, kiri sekali untuk kelajuan dibawah 85 km sejam, di tengah antara 85 ke 100km manakala yang paling kanan adalah untuk kelajuan diatas 100km sejam. Papantanda ikut kiri kecuali memotong yang ada terpampang dilebuhraya pada hari ini sudah tidak relevan lagi. Ia nya patut digantikan dengan papantanda yang menyatakan kelajuan minimum di lebuhraya adalah 80km. Kelajuan minimum patut diperkenalkan di lebuhraya negara sapertimana juga kelajuan maksimum yang sedia ada. Pencabulan keatas kedua –dua tahap had laju ini perlu diberikan denda RM300 mandatori tanpa soal jawab.
Didalam perjalanan pulang pada hari raya keempat, juga dilaluan yang sama tetapi di arah bertentangan dan bagi tempohmasa yang berlainan iaitu 3 petang hingga 7 malam di mana penulis juga telah merekodkan sebanyak 407 buah kenderaan yang ternyata memang bergembira menjadi road hoggers ini.Penulis ingin menyarankan juga supayaroad hoggers perlu dikenakan denda mandatori sapertimana kesalahan pemanduan melebihi kelajuan maksimum.
Hanya dengan tindakan dan penguatkuasaan yang adil kepada pemandu laju dan pemandu gedik santai salah tempat ini akan dapat mengurangkan rasa tidak puas hati bagi sesetengah pemandu lain kerana sikap pemanduan pentingkan diri sendiri ini amat tidak bagus untuk keselesaan semua. Dengan adanya pengertian olehdua kelompok pemandu ini, potensi untuk dapat mengurangkan statistik kemalangan di lebuhraya di musim perayaan yang kini berada di angka purata 70 kes sehari untuk sepanjang OPS Sikap XX yang lalu adalah amat baik.
Dimana lagi silapnya? Menurut statistik kematian yang terkini,145 orang penunggang dan pembonceng motosikal maut semasa OPS Sikap XX yang lalu iaitu 75 orang pemandu dan penumpang kereta, 19 orang pejalan kaki dan 22 orang daripada kategori lain saperti van dan lori. Ini bermakna, di jalanraya persekutuan, jalan raya negeri dan jalan bandaran jagoan nya adalah penunggang motosikal. Ianya berpunca daripada sikap pemanduan juga. Kebanyakan pengunggang motosikal ini adalah anak muda. Naluri muda memungkinkan mereka menunggang melebihi had kelajuan biasa dan tidak dapat bertindak segera apabila berlaku kecemasan. Akhirnya merekadipusarakan dijalanraya. Terdapat juga penunggang yang sengaja mahu menunjukkan kehandalan mereka di ketika kenderaan lain sedang bersesak-sesak. Mereka bukannya memperlahankan kelajuan malah menjadi dan memecut semakin laju pula. Akhirnya, merekajuga turut maut untuk menemui tuhan yang maha esa.
Kini persoalannya, apakah OPS Sikap masih relevan dalam menangani kes kemalangan jalanraya dimusim perayaan ini?
Walau apapun telahan dan komen dari pelbagai pihak mengenainya, penulis merasakan OPS Sikap masih relevan. Malah amat relevan. Ianya perlu diteruskan meskipun hasilnya kurang memberangsangkan. Cuma untuk OPS Sikap yang akan datang, denda mandatori perlu di kenakan on the spot tanpa soal jawab. Cuba tanyakan sesiapa sahaja, kalau dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru balik ke kampungnya di Kampung Utan Aji, Kangar , Perlis , jika disepanjang perjalanan nya dikenakan denda tunai RM900 untuk tiga kali kesalahan di lebuhraya mampu kah mereka untuk berhari raya dengan gembira? Jawapannya ,pasti tidak. Oleh yang demikian, penguatkuasaan itu yang maha penting. Cakap biar serupa bikin dan jangan beri muka kepada pesalah jalanraya ini. Saman ekor dan apa juga jenis saman bayar kemudian yang boleh dirayu pada tarikh lainternyata tidak mendatangkan apa-apa kesan langsong terhadap penguatkuasaan OPS Sikap tatkala musim perayaan ini. Ini terbukti apabila secara purata sehari saman yang dikeluarkan sepanjang OPS Sikap ke XX adalah sekitar 9000. Ini bermakna jumlah besar kesemuanya dalam tempoh 16 hari OPS Sikap berkuatkuasa adalah melebihi 150,000 saman tetapi tidak juga ianya dapat menyumbang untuk mengurangkan jumlah kemalangan maut di jalan raya dan lebuh raya negara.
Untuk penyelesaian jangka panjang , penulis merasakan jawapan sebenar ada di dalam diri kita sendiri. Yang diinginkan adalah perubahan sikap sepenuhnya daripada pemandu Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.
Perubahan sikap yang ketara ini amat perlu memandangkan selain dari masalah berkaitan teknikal kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan. Faktor sikap juga memainkan peranan yang amat penting.
Sikap ini sebenarnya sukar untuk diubah dalam sekelip mata. Ia bermula daripada perbuatan. Perbuatan yang sering dibuat berulang kali akan menjadi satu kebiasaan.
Oleh yang demikian, amat sukar untuk merubah sikap pemandu Malaysia jika ia sendiri tidak mahu mengubah segala perbuatan, kebiasaan dan perlakuannya ketika berada di jalan raya.
Kepada pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, jangan menganggap anda raja di jalan raya. Jangan memandu tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Buang sikap 'lepas kepala lepaslah ekor' atau beri saja signal terus sahaja berubah haluan.
Fikirlah akan keselamatan kenderaan lain yang sedang meluru laju dari arah belakang. Meskipun kebiasaannya anda adalah pihak yang tidak mengalami cacat cela, tetapi kadangkala anda juga boleh berada dalam senarai mangsa sekiranya nasib tidak menyebelahi anda atau ketika anda lalai dan alpa di jalan raya.
Bagi yang berkereta pula, patuhilah undang-undang dan tatasusila ketika memandu. Elakkan dari menjadi road hoggers. Jika ingin memandu secara santai dan mahu menjeling pemandangan di sekeliling, pilihlah untuk berada di lorong paling kiri. Jangan pula berada di lorong tengah atau lorong ketiga dan menjadi penghalang kepada lalu lintas yang lain yang semakin banyak dan sesak diketika musim perayaan.
Bagi yang suka memandu laju, pilih tempat yang sesuai untuk berbuat demikian. Fahami bahawa jalan raya bukan tempat untuk berlumba. Hatta dari segi teknikal juga ia tidak selamat untuk memandu kenderaan dengan kelajuan yang tinggi berbanding di Litar Sepang atau Litar Pasir Gudang. Ingat bahawa kelajuan boleh membunuh. Pandu selamat, semuga anda selamat sampai ke kampong halaman.
Seperkara lagi, seperti mana yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, pakai tali pinggang di bangku belakang kereta anda. Kepada sesiapa yang belum memasangnya, pelaburan RM400 bukan mahal jika dibandingkan dengan pertaruhan nyawa ahli keluarga anda yang tersayang yang duduk di belakang.
Untuk yang bermotosikal pula, ingatlah statistik mangsa kemalangan yang paling ramai adalah kalangan golongan ini. Sudah 20 kali Ops Sikap berlalu, anda pemenang utama kategori berita sedih ini. Anda kekal juara untuk beberapa kali berturut-turut.
Oleh kerana itu, pada musim cuti Deepavali, Hari raya Aidil Adha dan musim cuti sekolah yang akan datang ini, tingkatkan lagi keselamatan diri dengan lebih berhati-hati. Jangan cilok sesuka hati. Jangan harapkan orang lain untuk menjaga keselamatan anda. Anda yang perlu menjaga diri sendiri.
Bagi pejalan kaki, pada waktu kenderaan banyak dan sesak sebegini, berhati-hatilah ketika berada dan melintasi sama ada di jalan persekutuan, jalan negeri mahupun di jalan perbandaran.
Pakailah pakaian yang berwarna cerah dan memberikan pembalikan cahaya ketika berjalan di waktu malam. Sesungguhnya ini akan dapat menghindarkan anda daripada turut tersenarai sebagai mangsa dalam Ops Sikap yang akan datang.
Bagi penumpang kenderaan awam. Pastikan anda menaiki kenderaan yang berdaftar dan dilesenkan sahaja. Bas sapu, kereta sewa sapu dan teksi sapu yang tidak berpermit harus dihindari demi untuk menjaga keselamatan diri. Kerana, jika apa-apa terjadi, anda sememangnya tidak akan dilindungi oleh sebarang pakej perlindungan insurans. Meskipun pada OPS Sikap XX yang baru lalutiada kemalangan maut yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam namun anda jangan mudah menjadi alpa dan lupa. Pilihlah yang berpermit dan boleh dipercayai sahaja untuk membawa anda pulang kekampong halaman nun jauh di sana.
Bagi penjawat awam yang menjalankan tugas penguatkuasaan pula, jangan lupa untuk lebih berhati-hati ketika berada di tengah kesibukan lalu lintas. Ini kerana, malang tidak berbau. Lagipun bukan semua pemandu tahu dan mahu menghormati segala pengorbanan anda yang sanggup berpanas dan berhujan itu. Silap percaturan, anda pula yang akan menjadi mangsa menambahkan bilangan statistik kematian OPS Sikap kita yang akan datang.
Perubahan sikap amat dituntut daripada semua pemandu Malaysia. Anda bukan saja perlu lebih prihatin kepada keselamatan diri sendiri malah harus ingat bahawa kealpaan dan kecuaian , keseronokan bersantai ketika memandu atau sikap kesamsengan anda di jalan raya mungkin akan membawa padah kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain juga.
Oleh itu, berlandaskan Ops Sikap XX yang baru lalu, hayatilah makna sebenar ia dikuatkuasakan. Ia tidak pernah dinamakan sebagai Ops Jalan Raya , Ops Saman atau OPS Rempit atau sebagainya kerana Ops ini lebih mengarah kepada mahu mendidik dan merubah sikap dan tata cara pemanduan semua pemandu di Malaysia.
Sahutlah rayuan pemimpin negara dan juga gesaan pihak berwajib untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah selepas ini. Semuga OPS Sikap ke XXI akan mencatatkan sesuatu yang lebih baik untuk semua.
Semua pengorbanan yang anda lakukan dalam mengubah sikap bukan hanya menguntungkan anda seorang sahaja tetapi manfaatnya akan dapat kita semua rasai bersama. Dengan berkurangnya statistik bilangan kemalangan di musim perayaan yang akan datang merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh negara sekiranya ia menjadi kenyataan. Jadikan semangat 1Malaysiasebagai motivasi untuk anda belajar menghargai nyawa anda dan nyawa orang lain rakan senegara anda.
PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Malaysia.
Isu satu sekolah, satu sistem pendidikan bukanlah satu perkara baru. Ia telah dibahaskan sejak dahulu lagi. Keadaan masih sama dan tidak banyak berubah. Jawapannya, mudah sahaja, pendidikan telah dipolitikkan.
Jika bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan tidak dapat dimartabatkan bagaimanakah kita boleh pergi lebih jauh daripada itu? Kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan, tetapi ia tidak digunakan atau dikuatkuasakan.
Kita sibuk melayani tuntutan dan desakan politik segelintir kumpulan ultra kiasu. Akhirnya, bahasa dan sistem pendidikan tidak dapat diperkasakan di bumi sendiri. Bila ada ura-ura untuk mewujudkan satu sistem pendidikan, maka golongan ultra kiasu ini akan bangun menentang. Pada mereka, peninggalan nenek moyang mesti dipertahankan bermati-matian.
Mereka akan melakukan apa jua cara termasuk mendesak dan mengugut jika kerajaan meneruskan niatnya. Akhirnya, kerajaan terpaksa tunduk. Sistem satu sekolah senyap buat seketika.
Kini suara itu muncul kembali, tetapi dengan nada berlainan. Satu sekolah untuk sekolah aliran menengah. Sememangnya aliran menengah telah lama disatukan. Tidak banyak lagi sekolah vernakular untuk aliran menengah, berbanding aliran rendah.
Boleh dikatakan kebanyakan bukan Melayu menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah kebangsaan disebabkan oleh tempat yang terhad di sekolah menengah Cina. Justeru, tidak timbul isu sebenar, satu sistem pendidikan untuk sekolah menengah.
Perkara pokok yang perlu dibahaskan secara serius ialah bagaimanakah hendak mewujudkan satu sistem pendidikan yang dapat menyatukan anak-anak di peringkat sekolah rendah?
Akibat
Kajian demi kajian dan pengalaman menunjukkan bahawa akibat mereka dipisahkan dari kecil amat sukar untuk disatukan ketika mereka meningkat remaja berada di sekolah menengah.
Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah yang majoriti pelajar bukan Melayu, saya dapat merasakan hubungan kaum berada pada tahap amat membimbangkan. Pelajar-pelajar ini tidak bercampur setelah enam tahun dipisahkan di sekolah rendah.
Dengan sebab itu, polarisasi kaum terbawa-bawa hingga ke peringkat menengah dan pengajian tinggi. Sampai bilakah kita akan terus membincangkan isu ini? Selagi kita tunduk kepada tuntutan dan ugutan mereka, sampai kucing bertanduk pun kebuntuan ini tidak akan dapat dipecahkan.
Sedih yang teramat sangat, apabila kita hanya memikir kepentingan masa kini berbanding dengan kepentingan masa hadapan. Kepentingan politik diutamakan, kepentingan membina negara diabaikan. Mungkin kita tidak berapa merasai sangat kesannya hari ini, tetapi sanggupkah kita tinggalkan semuanya ini kepada anak cucu cicit kita?
Berkali-kali saya katakan, akibat sistem pendidikan perkauman sebegini menjadikan hubungan kaum di negara ini ibarat api yang tidak dapat dipadamkan sepenuhnya.
Kita berjaya memadamkan api tersebut, tetapi bara api itu masih menyala. Bara inilah yang amat membahayakan untuk jangka panjang.
Dalam dunia hanya negara kita sahaja yang menerima pakai pelbagai sistem aliran sekolah. Negara lain hanya ada satu sekolah. Sebenarnya Malaysia adalah 'syurga' kepada orang bukan Melayu. Mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak berhak. Perkara yang menguntungkan ini biasanya disenyapkan, malah golongan ini terus mendesak agar sekolah vernakular terus ditambah.
Persoalannya, adakah kita bersungguh-sungguh dalam soal ini? Berkali-kali saya membangkitkan bahawa kepentingan nasional atau negara mesti diletakkan di hadapan berbanding kepentingan etnik.
Agenda nasional adalah untuk memperkasakan masa hadapan, manakala agenda etnik, lebih bersifat kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Kerajaan mesti membuat keputusan yang tegas dan tidak boleh tunduk atau bertolak ansur dalam memperkasakan masa hadapan.
belajar
Saya bukan bermaksud kita menghapuskan hak bukan Melayu untuk belajar bahasa ibunda mereka. Mereka masih boleh belajar bahasa ibunda mereka, tetapi pelajar-pelajar ini tidak boleh dipisah-pisahkan sejak dari kecil.
Cukuplah dengan sistem politik dan ekonomi yang bersifat perkauman. Jangan kita tambahkan lagi dengan sistem pendidikan yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara bangsa.
Benar, kita perlu berbincang. Tetapi pernahkah mereka bersetuju? Jawabnya tidak pernah. Malah mereka semakin mendesak dan menuntut. Justeru, apa tunggu lagi? Apakah kita perlu menunggu peristiwa 13 Mei berulang untuk kita mengkaji semula sistem pendidikan kita? Ketika itu sudah terlambat.
Berapa lama masa diambil untuk bangun semula selepas itu? Pendek kata, kesan 13 Mei masih lagi kita dapat rasai hingga hari ini bagaimana sukarnya untuk bangun setelah jatuh.
Alasan yang mengatakan bahawa sekolah kebangsaan terlalu keMelayuan dan keIslaman (doa pagi) bukanlah hujah yang kuat untuk menolak sekolah satu sistem. Apakah lagi identiti yang boleh ditonjolkan dalam sebuah negara yang berakarkan sebuah bangsa?
Kalau ini pun dicabut, apakah lagi identiti yang tinggal kepada Melayu dan Islam? Tidakkah kita sedar kedudukan ini dijamin dalam Perlembagaan?
Apakah kita masih belum faham perkara asas itu setelah sekian lama hidup di bumi bertuah ini?
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka".Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Adasebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar merekalebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Pertama kali membina blog sendiri adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Saya membuang masa berjam jam lamanya mengolah dan mengedit disini dan sana. Pendek kata semuanya cantik dan indah belaka. Apa juga ada gajet yang tersedia, semuanya nak di masukkan. Biasa lah tu ya. benda baru. nanti dah lama sikit, balik asal lah kut no..
Kepada pembaca yang budiman, mungkin artikel yang saya tulis ini menimbulkan kontroversi tetapi anggap lah ia sebagai tempat percambahan pemikiran. Bukan tempat untuk menggodam sesiapa, memalukan sesiapa atau mencerca sesiapa.
Komen-komen dari anda semua amat saya alu-alukan. Semugaianya akan dapat membantu saya menambahbaik lagi blog pertama saya ini dan membetulkan mana- mana artikel yang menyinggung perasaan saudara dan saudari semua. terima kasih.
About Me
SYED MAZLAN SYED MAT DOM
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dilahirkan pada 8hb Julai 1961 di Kampong Pulau Pisang, 31700 Malim Nawar, Perak. Bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Kampar, Perak dari tahun 1967 sehingga 1972. Kemudian di SMR Jalan Kuala Dipang, Kampar , Perak pada tahun 1973 sehingga 1977. Kemudian bersekolah pula di SMJK (C) Pei Yuan, Kampar, Perak dari tahun 1978 sehingga 1980. Selepas itu, menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang Diploma Pentadbiran Pelancongan ( 1981 sehingga 1984 ), Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan - Pemasaran ( 1986 sehingga 1988), dan MBA International Business di University of Birmingham, United Kingdom ( 1992 dan 1993). Pernah bertugas di pelbagai sektor saperti dalam industri perhotelan, otomobil dan juga hartanah sebelum berhijrah kedalam bidang akademik. Mula bertugas di UiTM pada 16 hb Februari 1994 sehingga kini. Pernah berkhidmat di beberapa kampus UiTM yang diantaranya UiTM Shah Alam ( 1994 -1999), UiTM Kedah ( 1999 -2006), UiTM Perlis (2007 -2008)dan kini di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru. Mula menjadi orang JB pada 1 hb Disember 2008.Sudah berumahtangga. Mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing-masing masih menuntut di UiTM Perlis dan SMTU, Johor Bahru.